SHAH ALAM - Hari ini mencatatkan tiga tahun selepas tragedi MH17 iaitu pesawat Boeing B777 milik Malaysia Airlines dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam membawa 298 penumpang dan kru ditembak jatuh di Timur Ukraine pada tahun 2014.

Menerusi medium Twitter, orang ramai mengucapkan ucapan takziah dengan menggunakan #MH17 dalam mengingati mangsa-mangsa nahas itu.

Antara yang menulis di laman Twitter ialah pengacara dan pelakon cantik, Neelofa.

“Pada tahun 2014, #mh17 ditembak jatuh, hari ini kita mengingati mangsa dan ahli keluarga mereka. Al-Fatihah,” tulisnya.  

Sementara itu, Sumisha Naidu pula mengharapkan agar pihak bertanggungjawab terhadap tragedi tersebut dapat dibawa ke muka pengadilan.

“Untuk ulang tahun ke-tiga #MH17, Menteri Pengangkutan Malaysia berikrar untuk melakukan sehabis daya dalam mencari dalang tragedi ini,” tulisnya pula.

Perkara tersebut disokong oleh pengguna Twitter, Ukraine yang turut mahukan keadilan.

“Sudah tiga tahun sejak tragedi #MH17, Ukraine mengingatinya dan mahukan keadilan dicapai,” tulisnya.

“ Tiga tahun lalu, sentiasa di hati, al-Fatihah,” tulis pengguna Twitter, Thaqeef Sidek.

Sementara itu, Malaysia dan Pasukan Siasatan Bersama (JIT) terdiri daripada Belanda. Belgium, Ukraine dan Australia bersetuju supaya pendakwaan negara terhadap pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 itu dilakukan di Belanda.

Pada 28 September 2016, JIT membuat kesimpulan bahawa pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu Buk yang dibawa dari Rusia ke Ukraine.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Satu upacara peringatan bagi menandakan ulang tahun ketiga tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada 2014, diadakan secara tertutup di sini hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.