LANGKAWI - Tiga nelayan terpaksa berpaut pada tong air kosong dan terapung-apung di laut selama lebih lapan jam selepas bot mereka karam dalam laut bergelora di sini hari ini.

Ai Swee Moi, 61, yang bertindak sebagai tekong bersama dua awak-awak, Mohd Najib Saad, 53 dan Ismail Ali, 40, diselamatkan nelayan dari sebuah bot lain yang melalui tempat kejadian kira-kira jam 3.20 petang.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim 1 (DM1), Komander Maritim Nurulazme Zakariah berkata mereka berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya semasa diselamatkan.

“Sebuah bot APMM, Petir 81 yang tiba di tempat kejadian telah membawa kesemua mangsa ke jeti (APMM) DM1 di sini sebelum diserahkan kepada pihak Hospital Langkawi untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, maklumat daripada seorang mangsa menyebut bot mereka yang telah disauhkan karam dan tenggelam kira-kira jam 6.45 pagi ini selepas dipukul ombak besar. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAIPING - Seorang nelayan ditemui terapung dipercayai lemas selepas terjatuh di muara Sungai Tiram Dalam, Sungai Kerang, di sini, hari ini.
  • PORT DICKSON - Tiga nelayan di Pengkalan Nelayan Bagan Pinang kerugian mencecah puluhan ribu apabila perahu serta enjin dan peralatan menangkap ikan mereka dicuri awal pagi tadi.
  • SEKINCHAN - [VIDEO] Seluruh ahli keluarga seorang nelayan Malaysia dari Sekinchan yang kini ditahan di Indonesia menganggap pembebasan, Chia Kee Chan, 52, dijangka pada Khamis ini, sebagai hadiah tahun baharu Cina 16 Februari depan.
  • JOHOR BAHRU - Pertukaran nelayan Malaysia yang kini ditahan di Indonesia dan nelayan republik itu yang ditahan di Malaysia bagi kesalahan menceroboh kawasan perairan dijangka dilakukan pada Khamis ini, kata Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar.
  • LUMUT - Lima nelayan tempatan termasuk seorang tekong berjaya diselamatkan daripada tahanan Agensi Penguatkuasa Maritim Indonesia (APMI), hari ini selepas bot mereka ditunda ke perairan negara itu setelah dikesan menjalankan aktiviti tangkapan ikan berdekatan kawasan sempadan.