GEORGETOWN - Tiga deret rumah kedai di Jalan Penang terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.43 pagi dan sampai ke tempat kejadian 14 minit kemudiannya.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, kira-kira 90 peratus rumah kedai terbabit musnah.

Dalam kejadian itu juga, seorang wanita pengsan dipercayai terhidu asap tebal dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Pada ketika ini, usaha pemadaman masih dijalankan dengan bantuan 25 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Pemuda MCA Tanjong Lim Swee Bok atas kematian empat anggota keluarganya dalam kebakaran di rumah mereka di Pangkalan Weld, Pulau Pinang hari ini.
  • GEORGETOWN - Empat dipercayai sekeluarga termasuk dua kanak-kanak ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran rumah jenis kluster dua tingkat di Pintasan Cecil 5, Pengkalan Weld, di sini awal pagi ini.
  • PORT DICKSON - Seramai 120 warga asing pekerja kontrsak binaan terselamat dalam kejadian kebakaran rumah kongsi mereka di Kampung Paya awal pagi tadi.
  • IPOH - Seorang warga emas ditemui rentung manakala dua lagi melecur dan sesak nafas dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Jalan Bengkok, Kampung Baru Buntong, di sini, awal pagi tadi.
  • KUALA LUMPUR - Seorang warga emas ditemui maut manakala tiga mangsa lagi kini kritikal dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Jalan Maarof, Bangsar, di sini awal pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.