KUALA LUMPUR  – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kebakaran hutan di selatan California, Amerika Syarikat sejak Isnin lepas yang kini merebak ke kawasan seluas 28,600 hektar, menurut kenyataan Kementerian Luar.

Kebakaran yang berlaku di Venture County itu telah memusnahkan sekurang-kurangnya 150 bangunan, manakala seramai 46,000 penduduk dipindahkan ke kawasan selamat oleh pihak berkuasa tempatan.

“Kementerian Luar melahirkan rasa simpati kepada semua mangsa yang terlibat dalam insiden itu. Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles sedang memantau keadaan semasa dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya,”kata kenyataan itu yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Pada Selasa, Datuk Bandar Los Angeles, Eric Gracetti telah mengumumkan status darurat bagi mengagihkan bantuan kecemasan kepada mangsa di kawasan terjejas. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki menghembuskan nafas terakhir di pangkuan anaknya berusia tiga tahun dalam kejadian kebakaran di kediamannya di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di sini, pagi tadi.
  • KOTA BHARU - Sebanyak 14 unit kediaman kayu Pondok Muhammadiah Beta Hilir musnah dalam kebakaran di sini malam tadi.
  • SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sedang mengkaji risiko kebakaran di pusat penjagaan warga tua di seluruh negeri ini bagi didedahkan kepada semua pengusaha premis berkenaan untuk melakukan penambahbaikan.
  • PORT DICKSON - Seorang wanita mengalami kecederaan dalam kebakaran di Taman Desaru Lukut sekitar jam 2.30 petang tadi manakala tiga anaknya berusia 11, 9 dan 7 tahun selamat.
  • KUALA LANGAT - "Kami dah rancang untuk bercuti di Pulau Ketam," kata saudara kepada mangsa bunuh, Lim Mai Shiak, 68.