SEREMBAN - Polis tidak dapat mengambil sebarang tindakan berhubung dakwaan kanak-kanak warga Argentina dilarikan oleh bapanya kerana tiada laporan rasmi dibuat oleh pihak berkenaan berhubung perkara itu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata pihaknya hanya mengetahui tentang perkara itu dua minggu selepas tarikh kanak-kanak tersebut dikatakan berada di Kuala Pilah pada 17 Disember tahun lalu sebelum menuju ke tempat lain.

"Tiada laporan rasmi dibuat kepada pihak kami. Jika mereka terus melaporkannya kepada kami, pihak polis boleh membuat sesuatu untuk mengesan kanak-kanak tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Noor Azam berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang permintaan daripada Kedutaan Argentina berhubung kes itu.

Semalam, seorang warga Argentina,  Elizabeth Avalos, 27, memohan bantuan rakyat Malaysia untuk mengesan anaknya, Alum Langone Avalos, 7 yang didakwa diculik bekas pasangannya Jorge Gabriel Langone yang juga bapa Alum.

Menurut laporan media, lelaki warga Argentina itu  didakwa melarikan  Alum dari sekolahnya dan meninggalkan negara berkenaan serta memasuki Malaysia secara haram  tahun lepas.

Mereka didakwa mengembara bersama seorang wanita serta dilihat kali terakhir di Kuala Pilah dan dipercayai menuju ke Kulai, Johor. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KAMPAR - Ketelitian dan ketekunan sepasukan anggota bomba berjaya menyelamatkan jari seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang tersepit pada jek hidraulik kereta, dalam satu kejadian di RPT Tualang Sekah, di sini, hari ini.
  • KAJANG - Seorang penyelia tergamak melakukan perbuatan jijik dan memalukan apabila sanggup mencabul anak perempuan teman wanitanya berusia 11 tahun.
  • KUALA SELANGOR - Waris kepada seorang kanak-kanak perempuan, Dania Ajla, 4, dicari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Selangor bagi membantu prosedur dokumentasi.
  • GEORGETOWN - Lemas merupakan penyebab kematian kedua tertinggi kanak-kanak di negara ini selepas kemalangan jalan raya dengan kira-kira 500 golongan berusia satu hingga 18 tahun dilaporkan menjadi mangsa setiap tahun, demikian menurut kajian Pusat Penyelidikan Klinikal Perak.