PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi terhadap pegawai yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan.

Tindakan mesti dikenakan terhadap mereka, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai Imigresen ditahan, palsu pembayaran]

Merujuk kepada penahanan empat pegawai Jabatan Imigresen Selangor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, beliau berkata dalam kes itu, jabatan sendiri melalui hasil risikan dan audit dalaman telah mengesan perbuatan mereka dan berkongsi maklumat dengan SPRM. Katanya, hukuman serius di peringkat jabatan juga akan diambil termasuk buang kerja jika pegawai berkenaan terbukti melakukan kesalahan.  

"Jabatan Imigresen akan sentiasa telus dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam melaksanakan siasatan berhubung perkara ini," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Pada kira-kira 3.30 petang semalam, empat pegawai Jabatan Imigresen Selangor ditahan SPRM kerana disyaki mengemukakan laporan bayaran mengandungi maklumat palsu Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi permohonan pasport Malaysia antarabangsa (PMA).  - Bernama

 

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Dianggarkan 85,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) telah didaftarkan melalui program E-Kad Sementara Pekerja Asing setakat ini, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.
  • PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) Kuala Lumpur telah membentuk ikatan strategik bagi menyediakan pelan tindakan 2017-2020 mengenai pengurusan kesihatan di depo Imigresen yang dijangka siap penghujung tahun ini.
  • PUTRAJAYA - Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara Jabatan Peguam Negara, Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
  • PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkan setiausaha agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan empat yang lain untuk membayar ganti rugi RM100,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana memfitnah Felda menerusi dua artikel kononnya agensi itu menjual minyak sawit mentah ke Israel.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.