PASIR PUTEH - Seorang pekerja kilang keropok di Gaal terpaksa mengerang kesakitan hampir sejam gara-gara jarinya tersepit pada mesin pengisar ikan.

Akibat tidak tertahan sakitnya itu, keluarga wanita berkenaan terpaksa membawa mesin berkenaan ke Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh bagi mendapatkan bantuan.

Mangsa, Nurhaliza Idris, 30, dibawa jam 3.56 petang tadi dalam keadaan sebahagian tangannya tersangkut pada mesin pengisar itu.

Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmy Mustofar berkata, operasi menyelamat mengambil masa kira-kira 43 minit mengeluarkan empat jari tangan kirinya.

"Kami terpaksa menggunakan peralatan pemotong hidraulik, circular saw, drill dan peralatan lain," katanya.

Katanya, kakitangan Hospital Tengku Anis (HTA) turut datang ke balai bomba untuk memberikan bantuan awal.

"Kecederaan keempat-empat jari mangsa agak serius dan dia dirujuk segera ke HTA," katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.