KUALA LUMPUR - "Saya terdetik untuk bawa anak pulang bagi jalani rawatan kulit sehari sebelum kejadian ini. " Itulah kata-kata Azman Indan, 40, bapa kepada salah seorang pelajar tahfiz yang terselamat dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi.

Menurut Azman, dia merasa terkejut apabila mengetahui mengenai kejadian itu memandangkan baru semalam ke pusat tahfiz terbabit untuk mengambil anaknya, Muhammad Ashraff, 11.

"Saya betul-betul terkejut malah anak juga seperti trauma memandangkan ada rakan-rakannya juga turut terkorban dalam kejadian itu," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hanya mempunyai satu pintu keluar masuk]

Dalam pada itu, Azman memaklumkan bahawa dia mengambil keputusan untuk menghantar anaknya menuntut di pusat tahfiz berkenaan bagi mendalami ilmu agama sejak Julai lalu.

Menurutnya, pusat tahfiz itu juga telah beroperasi selama tiga ke empat tahun malah tiada sebarang masalah timbul sebelum ini.

Sehingga kini, pihak berkuasa memaklumkan bahawa kira-kira 22 pelajar dan dua warden maut dalam kebakaran itu awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat juga mengesahkan bahawa enam pelajar dan seorang orang awam turut cedera dalam kejadian itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Dewasa ini, kita banyak disajikan dengan cerita dan berita mengenai jenayah berat yang meruntun jiwa.
  • KUALA LUMPUR - Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) Mohd Zahid Mahmood menafikan dakwaan wujud masalah hubungan antara ibu bapa mangsa kebakaran dengan pihak pengurusan tahfiz di Keramat Hujung itu.
  • KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) di Keramat Hujung di sini menyambut baik saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengarahkan pusat tahfiz di seluruh negara mengikut piawai keselamatan yang ditetapkan.
  • KUALA LUMPUR - Gejala penagihan dadah di sekitar kawasan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, semakin berkurangan sejak kejadian kebakaran tersebut berlaku baru-baru ini.
  • KUALA LUMPUR - Nama pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mungkin terlalu asing kepada masyarakat bukan sahaja di Lembah Klang, bahkan seluruh negara.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.