AUTA

SATU mesej viral mula tersebar di aplikasi WhatsApp berkaitan bencana banjir.

Mesej itu mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengeluarkan arahan untuk warga Pekan, Pahang keluar dari daerah itu kerana limpahan air hulu melalui Temerloh sedang menuju ke Pekan.

"Gambar terkini (diambil) daripada (helikopter tentera) di Pekan pagi ini.

"Waktu jangkaan Pekan akan dilandar banjir besar dalam tempoh 24 jam lagi," menurut mesej itu.

Mesej itu turut meminta maklumat itu disampaikan kepada ahli keluarga di Pekan supaya keluar dari kawasan itu.


FAKTA

ATM melalui Tentera Darat Malaysia (TDM) menjelaskan pihaknya tidak pernah  mengeluarkan kenyataan palsu itu.Menurut TDM, semua agensi terlibat terutama pihak ATM sentiasa bersedia dengan anggota dan aset yang diaturgerakkan ke lokasi terjejas dengan banjir.

"Segala bantuan telah direncanakan dan diuruselia sebaiknya.

"Semua pihak dinasihatkan tidak menyebarkan kenyataan palsu ini yang boleh menimbulkan suasana gusar dan panik terutama kepada penduduk di lokasi terlibat," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KADAR bayaran kompaun yang dikenakan kepada pengguna kenderaan yang lewat memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh kini kembali tular menerusi aplikasi WhatsApp.
  • Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahkan tular kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Batu Tiga diculik adalah palsu.
  • SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook dan disahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), memaklumkan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
  • TERSEBAR viral di laman sosial mengatakan terdapat taktik terbaru penjenayah untuk merompak rumah tertentu.
  • SELEPAS disahkan palsu tahun lalu, Majlis Jom Nikah didakwa anjuran Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus kini sekali lagi disebarkan secara meluas menerusi media sosial serta aplikasi WhatsApp.