PUTRAJAYA - Perintah tahanan reman terhadap seorang ketua setiausaha kementerian (KSU) bergelar 'Datuk' dan seorang daripada dua anaknya berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dilanjutkan empat hari lagi.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan perintah tahanan reman KSU berumur 59 tahun dan anak lelakinya yang berumur 34 tahun bermula esok hingga Ahad ini.

Seorang lagi anaknya yang berusia 29 tahun dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Mahkamah sebelum ini mengeluarkan perintah reman tujuh hari ke atas KSU dan dua anak lelakinya itu.

Kesemua mereka ditahan pada 4 Jan lepas bagi membantu siasatan menurut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaaan serta Akta Pengubahan Wang Haram.

Terdahulu, KSU dan dua anaknya itu dibawa ke Mahkamah Majistret kira-kira 9.55 pagi dengan menaiki tiga kenderaan berasingan.

Pada 4 Januari lepas, KSU itu ditahan di rumahnya di USJ, Subang pada 8 pagi manakala dua anaknya ditahan selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, hari yang sama.

Kedua-dua anak lelaki KSU itu merupakan pengarah urusan dua syarikat berasingan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang lagi exco tertinggi Pulau Pinang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM 15 billion, hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan insentif lebih RM400,000 kepada 267 penjawat awam setakat akhir tahun lepas sebagai galakan melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah.
  • ALOR SETAR - Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa pada 29 Januari lalu, hari ini dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • PUTRAJAYA - Tempoh reman terhadap tiga individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan landskap bernilai RM44 juta, dilanjutkan selama empat hari sehingga 14 Februari ini.
  • KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertindak lebih agresif dari segi penguatkuasaan dan pendidikan bagi memerangi rasuah, sekali gus mencapai misi dan visinya iaitu sifar rasuah menjelang 2020.