TEMERLOH - Tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbabas akibat tayar pecah dalam kemalangan di Kilometer 155 jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, dalam kemalangan jam 7.30 malam itu, kenderaan dinaiki MPV Toyota Avanza seramai 10 sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Felda Lakum, Lanchang.

Menurutnya, mangsa yang maut ialah penumpang hadapan Permai Jaafar (isteri kepada pemandu MPV), Norrahimah Mustafa (menantu) dan Mohd Yusof Afif (cucu mangsa).

Sementara pemandu MPV terbabit Mohd Nordin Hassan cedera parah.

"Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai tayar MPV tersebut pecah lalu terbabas, berpusing dan terbalik beberapa kali lalu melanggar besi tanda arah dan terjatuh ke dalam longkang.

"Tiga mangsa tercampak keluar lalu meninggal dunia di tempat kejadian, seorang lagi mangsa si baqa ke hospital Temerloh," katanya.

Kes disiasat di basah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.