KUALA TERENGGANU - Seorang janda anak dua bukan sahaja mengaku menempah hotel semata-mata untuk melampiaskan nafsu bersama kekasihnya, tetapi tanpa segan silu mengaku sudah pun melakukan hubungan seks sebelum bilik berkenaan diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Selasa lalu.

Dalam serbuan di sebuah hotel di bandar raya ini, kira-kira jam 1.20 petang, wanita berusia 38 tahun memaklumkan sudah mengenali kekasihnya yang juga seorang warga asing, 24, selama enam bulan kerana mereka bekerja di tempat sama.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, hasil siasatan wanita itu mendakwa datang dari Ajil, Hulu Terengganu ke bandar raya ini bersama kekasihnya dengan ditemani kawan sekerjanya yang lain.

Beliau berkata, wanita itu mendakwa sebaik selesai makan dan minum bersama rakan sekerjanya itu, lelaki tersebut mengajaknya menginap di hotel berkenaan.

“Dia mengaku tujuan mereka ke hotel adalah semata-mata untuk melampiaskan nafsu selepas bercerai dengan suaminya sejak lima tahun lalu.

“Hasil soal siasat, wanita tersebut mengaku sudah melakukan hubungan seks bersama kekasihnya itu sebelum bilik berkenaan diserbu penguatkuasa syariah daerah,” katanya.

Pasangan itu seterusnya dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

 
$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal dipercayai berkhalwat dengan suami orang dicekup dalam serbuan oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, di Lorong Kubur Maras, Jalan Langgar, di sini, pagi tadi.
  • KUALA TERENGGANU - Mengakui terhutang budi kerana teman lelakinya sering membantu dari segi kewangan untuk memajukan perniagaan, seorang wanita ‘terlupa’ dirinya berstatus isteri sehingga sanggup menjalin cinta dengan lelaki berlainan bangsa itu.
  • KUALA TERENGGANU - Tanpa segan silu, seorang gadis memberitahu hanya melakukan ‘aksi ringan’ sahaja dengan majikannya yang juga berstatus suami orang sebelum dicekup berkhalwat di Taman Sri Kolam, di sini, awal pagi tadi.
  • KUALA TERENGGANU - “Saya datang hanya nak dapatkan perkhidmatan mengurut badan sahaja kerana penat bekerja, tidak ada niat lain,” itulah alasan diberikan seorang lelaki yang masih berstatus suami orang ketika dicekup sedang asyik diurut oleh seorang wanita warga Thailand, di sebuah rumah urut di bandar raya di sini, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.