HULU TERENGGANU - Seramai 32 murid Sekolah Kebangsaan(SK Getang) tidak dapat meneruskan pelajaran hari pertama sesi persekolahan 2017 hari ini setelah kelas mereka dinaiki air ekoran limpahan Sungai Telemong.

Guru Besar SK Getang, Hayati  Osman berkata, kesemua mereka melibatkan 12 murid pendidikan khas (empat kelas) serta 20 kanak-kanak kelas pra-pendidikan (satu kelas) dan berikutan itu, murid berkenaan dibenarkan pulang awal kira-kira jam 10 pagi tadi.

“Air naik begitu cepat, selepas perhimpunan murid terlibat ini tidak dibenarkan masuk ke kelas memandangkan kelas telah pun dimasuki air.

Kita bimbang berlakunya perkara tidak diingini memandangkan mereka masih kecil serta murid istimewa.

“Ekoran daripada itu juga, kerja-kerja mengemas dan mengalihkan barang ke tempat selamat segera dilakukan. Selain dilakukan guru, pekerja serta ibu bapa kita juga dibantu para Sukarelawan Orang Kuala Berang (OKB).

“Bagi murid pra pendidikan, pihak sekolah hubungi ibu bapa masing-masing untuk datang jemput anak mereka, murid istimewa, guru-guru hantar mereka ke rumah. Sekolah juga telah buat permohonan cuti bagi kelas-kelas terlibat,” katanya.

Tambah Hayati, sekolah itu mula dinaiki air kira-kira jam 5 pagi melibatkan kawasan padang setelah disedari pekerja serta pengusaha kantin yang datang awal untuk menyediakan makanan dan paras air terus meningkat sehingga memasuki kawasan bangunan sekolah.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA PILAH - Hanya mengambil masa kurang seminit. Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah berjaya menyelamatkan dua mangsa yang terperangkap di dalam sebuah kereta yang dihanyutkan arus deras pada jam 4.30 pagi tadi.
  • GEORGETOWN - Lebih 10 kawasan di Pulau Pinang ditengelami air selepas hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan sejak jam 7 malam tadi.
  • IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak sehingga pukul 8 malam ini kekal dengan 167 orang daripada 47 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di daerah Manjung.
  • JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Segamat tiada perubahan setakat 8 malam ini dengan mangsa banjir yang masih ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu kekal 30 orang daripada enam keluarga.
  • PASIR GUDANG - Hujan lebat sejak jam 3.30 petang tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Pasir Gudang dilanda banjir kilat.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.