KUALA LUMPUR - "Bunyi macam ribut, api sudah marak besar, air tidak cukup," demikian reaksi seorang guru agama di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di ibu negara , yang terbakar awal pagi tadi.

Mohd Ariff Mawardy, 24, yang  baru tujuh bulan mengajar di pusat tahfiz tersebut, berkata kesemua pelajar dan guru sedang tidur sebelum bunyi bising umpama ribut sedang berlaku, terus mengejutkan mereka.

"Saya tidur di tingkat dua (tingkat paling atas bangunan tiga tingkat). Saya terus bangun dan ambil air untuk padamkan api, tapi kebakaran terlalu pantas," katanya ketika ditemui pemberita di Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur hari ini.

[ARTIKEL BERKATIAN: Hanya mempunyai satu pintu keluar masuk]

Sejurus kemudian, beliau terus mengejutkan pelajar lain untuk turun ke tingkat bawah menyelamatkan diri dan meminta pertolongan orang lain.

"Jeriji besi menyukarkan kesemua mangsa untuk menyelamatkan diri dengan pantas sehingga ada yang terperangkap di tingkap", katanya sugul dan ditenangkan anggota keluarganya. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Pemuda MCA Tanjong Lim Swee Bok atas kematian empat anggota keluarganya dalam kebakaran di rumah mereka di Pangkalan Weld, Pulau Pinang hari ini.
  • GEORGETOWN - Empat dipercayai sekeluarga termasuk dua kanak-kanak ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran rumah jenis kluster dua tingkat di Pintasan Cecil 5, Pengkalan Weld, di sini awal pagi ini.
  • PORT DICKSON - Seramai 120 warga asing pekerja kontrsak binaan terselamat dalam kejadian kebakaran rumah kongsi mereka di Kampung Paya awal pagi tadi.
  • IPOH - Seorang warga emas ditemui rentung manakala dua lagi melecur dan sesak nafas dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Jalan Bengkok, Kampung Baru Buntong, di sini, awal pagi tadi.
  • KUALA LUMPUR - Seorang warga emas ditemui maut manakala tiga mangsa lagi kini kritikal dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Jalan Maarof, Bangsar, di sini awal pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.