MELAKA - Suspek ketiga kes penyelewengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), bernilai kira-kira RM2.54 juta yang dipercayai dilakukan sejak awal tahun lalu, direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

Perintah reman hingga 28 November itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Mohd Anuar Ostadi terhadap suspek lelaki berusia 52 tahun  itu.

Suspek yang merupakan pesawah dan peniaga ikan tiba dengan berpakaian lokap SPRM tiba di pekarangan kompleks mahkamah, sekitar 10.30 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebelum keluar kira-kira 30 minit kemudian.

Bernama sebelum ini  melaporkan dua lelaki masing-masing pengurus projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan pesawah berumur 38 dan 46 tahun direman, sejak dua hari lalu.

Penahanan ketiga-tiga suspek itu bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan ke atas mereka mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MELAKA - Seorang pekebun yang juga bekerja sebagai peniaga barang elektrik menjadi suspek keempat kes penyelewengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), bernilai kira-kira RM2.54 juta yang dipercayai dilakukan sejak awal tahun lalu, direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
  • SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), telah menangkap seorang pesawah kerana dipercayai bersubahat bersama seorang Pengurus Projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Melaka.
  • PUTRAJAYA - Baja-baja yang diseleweng daripada Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) didapati dijual jauh lebih murah oleh suspek berbanding dengan harga pasaran biasa.
  • PUTRAJAYA - Seorang pengurus projek di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Melaka telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menyeleweng Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) berjumlah kira-kira RM2.54 juta sejak awal tahun lalu.