KUALA KANGSAR - Seorang anggota sukarelawan polis maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 50 Jalan Ipoh - Taiping, di sini, petang tadi.

Mangsa, Muhammad Ariff Aizat Zainal Anuar, 20, yang juga bekerja di sebuah stesen minyak maut di Hospital Kuala Kangsar kira-kira jam 3.00 petang.

Manakala, pembonceng motosikal itu cedera parah dalam insiden yang menyebabkan motosikal dinaiki kedua-dua remaja itu terperosok di bahagian hadapan lori muatan pasir.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd Haq mengesahkan laporan kejadian ketika dihubungi.

Katanya, siasatan awal mendapati motosikal tiga roda ditunggang mangsa datang dari arah Sayong menghala ke Kampung Stesen manakala lori di laluan bertentangan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEMAMAN - Belumpun sampai 24 jam kemalangan menyayat hati yang meragut nyawa dua anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun berlaku di Kemaman, satu lagi nahas jalan raya yang mengorbankan dua lagi mangsa terjadi di daerah ini, awal pagi tadi.
  • BUTTERWORTH - Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan empat buah motosikal di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) awal pagi tadi.
  • SEGAMAT - Seorang remaja tidak sempat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kereta di Kilometer 6 Jalan Paya Pulai-Pogoh, petang semalam.
  • REMBAU - Seorang kerani Pos Laju maut tercampak ke dalam longkang selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan di kilometer 14.5, Jalan Seremban-Tampin, di sini, pagi tadi.
  • YAN - Seorang warga emas, Othman Hassan,79, maut apabila diirempuh sebuah motosikal ketika cuba melintas jalan di Kampung Sungai Lintang pada jam 9 pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.