TAMPIN – Tangisan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di sebuah rumah papan di Kampung Parit Buloh, di sini, merungkai kewujudannya yang tidak disedari masyarakat setempat lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan Hamazah Ab Razak berkata, kira-kira jam 12.45 tengah malam, polis menerima aduan daripada penduduk yang terdengar kanak-kanak menangis di dalam rumah dalam keadaan gelap dan berkunci.

Menurutnya, polis segera ke lokasi dimaksudkan mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang tinggal bersendirian.

“Mangsa telah dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Tampin dan diberikan makanan serta minuman oleh anggota balai Air Kuning Selatan. Berdasarkan siasatan ibu mangsa telah meninggalkan anak bongsunya itu secara bersendirian sejak jam 6 petang lagi.

“Siasatan awal mendapati ibu mangsa berusia 29 tahun menyembunyikan kelahiran anak bongsunya itu daripada orang ramai termasuklah keluarganya sendiri.  Bahkan, suami keduanya juga tidak mengetahui itu adalah anak wanita berusia 29 tahun berkenaan kerana, si isteri menyatakan menjaga anak kawannya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Hamazah berkata, pada hari kejadian, ibunya meninggalkan anaknya seorang diri dan hanya membawa pulang dua anak lelakinya hasil perkahwinan pertama ke kampung yang terletak di Jelai kerana ahli keluarga tidak mengetahui kewujudan anak bongsunya itu.

Menurutnya, wanita berkenaan pulang ke kampung bagi menjaga ibunya yang sakit, selain menguruskan ibu tirinya yang baru sahaja terbabit kemalangan.

“Tiada kecederaan luaran pada kanak-kanak berkenaan. Bagaimanapun, kita memandang berat kes ini dan menyeru masyarakat peka dan semampu mungkin dapat mengelakkan kejadian seperti ini berulang kembali.

“Sikap suspek dipuji atas komitmen menjaga ibu-ibunya yang sakit, namun undang-undang harus dipatuhi. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 22 Akta Kanak-kanak. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Lemas merupakan penyebab kematian kedua tertinggi kanak-kanak di negara ini selepas kemalangan jalan raya dengan kira-kira 500 golongan berusia satu hingga 18 tahun dilaporkan menjadi mangsa setiap tahun, demikian menurut kajian Pusat Penyelidikan Klinikal Perak.
  • SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat enam pangsapuri di U11, Shah Alam, kira-kira jam 12.10 tengah malam tadi.
  • MARANG - Tindakan seorang kanak-kanak berbasikal yang melintas jalan secara tiba-tiba mengundang padah apabila maut dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Telekom di Rusila di sini, petang semalam.
  • SHAH ALAM - Lelaki berjubah dan berpenutup muka bertindak mengacukan pisau terhadap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun sebelum melarikan beg tangan milik ibunya.
  • KAJANG - Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun berdepan detik hitam dalam hidupnya apabila diratah oleh teman lelaki ibunya sejak April lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.