BANDARAYA MELAKA - Seorang pesara tentera ditemui mati dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah, manakala isterinya parah dalam kejadian dipercayai samun bersenjata, di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, dalam kejadian jam 8 malam itu mangsa yang maut adalah, pesara Briged 9 Para, Abdul Rahman Pileh, 60, manakala isterinya Sabturiah Lakidau, 59, parah.

"Polis telah menerima panggilan pada jam 8.13 malam memaklumkan berlaku kejadian samun di salah sebuah rumah di Taman Bukit Terendak di sini.

Sabturiah Lakidau, 59, ditemui parah dirumahnya semalam.

"Apabila sampai di dapati seorang perempuan Melayu dalam keadaan berlumuran darah di hadapan rumah dan pemeriksaan lanjut mendapati seorang lelaki Melayu dalam keadaan tertiarap dan telah meninggal dunia serta terdapat kesan kecederaan di leher," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa yang parah telah dihantar ke hospital dan kini dalam keadaan stabil manakala mayat suaminya dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

"Polis percaya kejadian bermotifkan samun dan bunuh namun setakat ini kita masih menjalankan siasatan dan polis telah menahan seorang lelaki berusia 35 tahun di sebuah rumah berhampiran untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh dan 394 KK kerana merompak menyebabkan kecederaan," katanya.
 

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BERA - Pemandu lori maut dalam kemalangan di Kilometer 27, Jalan Temerloh-Bahau dekat Kampung Paya Pagar kira-kira jam 5.30 pagi tadi.
  • KUALA PILAH - Seorang lelaki maut setelah ditanduk kerbau liar di Kampung Mungkal Seberang, di sini.
  • KAMPAR - Tidak padan dengan umurnya yang baru berusia 17 tahun namun seorang remaja lelaki sudah berani menubuhkan kumpulan jenayah dikenali Geng Wan Tod dan melakukan kegiatan pecah kedai telefon bimbit sekitar Gopeng, sejak Ogos lalu.
  • BAHAU - - Seorang maut manakala seorang lagi mangsa cedera selepas kenderaan Toyota Avanza yang dipandu salah seorangnya terbabit dalam kemalangan di jalan berhampiran Felda Bukit Rokan Barat petang tadi.
  • KUALA KRAI - Sebuah keluarga di Kampung Dusun Durian, Dabong, dekat sini pasrah kehilangan ahli keluarga ketika umat Islam sedang melakukan ibadah korban, Jumaat lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.