KOTA TINGGI - Seorang peneroka maut manakala isterinya cedera parah selepas Toyota Unser dinaiki terlibat kemalangan di kilometer 25.8 Jalan Kulai - Kota Tinggi berhampiran Loji Rawatan Air Semanggar, tengahari tadi.

Kejadian kira-kira jam 12.20 tenghari itu menyebabkan mangsa, Suboh Abd. Wahab, 65 beralamat di Felda Tenggaroh 5 Jemaluang, Mersing meninggal dunia di lokasi kejadian.

Isterinya Hapizah Surajan, 56, yang duduk dibahagian penumpang mengalami cedera parah dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut.

Keadaan kenderaan dinaiki mangsa selepas terlibat kemalangan babitkan tiga kenderaan di kilometer 25.8 Jalan Kulai - Kota Tinggi berhampiran Loji Rawatan Air Semanggar, tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman berkata, kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan iaitu Toyota Unser, lori Isuzu dan Ford Ranger.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Unser dengan seorang penumpang dari arah Kulai menghala ke Kota Tinggi ketika sampai di tempat kejadian secara tiba-tiba telah memasuki jalan bersebelahan dan bertembung dengan lori Isuzu.

"Akibat dari kemalangan pemandu Toyota Unser telah tercampak ke jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang cedera parah.

"Pemandu lori Isuzu Leong Shaur Ern, 29, mengalami cedera dan dirawat di HKT. Sementara pemandu Ford Ranger tidak mengalami sebarang kecederaan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keadaan mayat mangsa sebelum dihantar ke HKT.

Tambah Rahmat, siasatan awal mendapati pemandu Toyota Unser dikatakan dalam perjalanan dari Felda Taib Andak menghala ke Kota Tinggi telah melanggar belakang sebelah kanan Ford Ranger hingga mengakibatkan kenderaan dipandu masuk ke laluan bertentangan.

Katanya, tempat kejadian merupakan jalan lurus, sedikit menurun bukit dan terdapat garisan berkembar sebagai pembahagi jalan.

"Cuaca pada masa kejadian adalah baik pada waktu tengahari. Kawasan persekitaran berhampiran dengan kawasan perindustrian. Siasatan lanjut masih diteruskan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEGAMAT - Lima maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan kereta berhampiran persimpangan Kampung Melayu Raya, di sini, kira-kira jam 6.30 petang tadi.
  • KULIM - Seorang pekerja kilang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan motosikal di jalan Kulim-Mahang, pagi tadi.
  • KLUANG - Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori dari arah bertentangan di kilometer (KM) 20.7 Jalan Simpang Renggam-Renggam, dekat sini, awal pagi tadi.
  • YAN - Seorang pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Sultan Mizan, Terengganu maut dalam satu kemalangan di Kampung Setia Jaya, Jalan Ulu Sedaka-Kampung Batu 17 selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan, pada jam 7 malam, semalam.
  • TAPAH - Keadaan mayat mangsa nahas membabitkan van dan sebuah lori