KOTA TINGGI - Sepasang suami isteri maut maut manakala 10 lagi cedera selepas terlibat kemalangan membabitkan lima kenderaan di KM59 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 malam itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Jamaludin Chemin, 56 dan Maimunah Abd Wahab, 52 difahamkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kenderaan terlibat adalah jenis Toyota Caldina, Perodua Axia, Proton Iswara, Perodua Myvi dan Proton Exora.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Caldina dari arah Sungai Rengit  menghala ke Kota Tinggi telah hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan lain.

"Manakala kenderaan yang lain tidak sempat mengelak dan merempuh. Ekoran itu seramai 12 Mangsa terlibat melibatkan sepasang suami isteri berasal dari Felda Pengeli Timur yang maut dan 10 mangsa lagi mengalami pelbagai kecederaan luka sahaja.

"Semua mangsa dihantar dan dirawat di HKT Tinggi. Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ahsmon turut menasihatkan orang ramai agar memandu mengikut had laju ditetapkan khususnya di kawasan jalan yang kurang lampu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Empat individu meninggal dunia selepas motosikal yang dinaiki bergesel sesama sendiri di KM278.9 Lebuh Raya Utara - Selatan (arah Utara) di sini, pagi tadi.
  • KOTA BHARU - Dua maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Kota Bharu-Pasir Mas, Salor, di sini, awal pagi tadi.
  • MUAR - Seorang pelajar kolej vokasional maut selepas kenderaan jenis Proton Wira yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas ekspres yang datang dari arah bertentangan di Jalan Sungai Terap, Jorak, di sini, pagi tadi.
  • KOTA TINGGI - [VIDEO] Seorang pemandu lori maut selepas terhempap 'bucket' lori yang dipercayai mengalami masalah hidraulik ketika sedang membetulkan kenderaan tersebut di Felda Lok Heng Selatan kira-kira jam 12 tengahari tadi.
  • BATU GAJAH - Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggangi bertembung dengan sebuah motosikal lain di Jalan Lama Siputeh - Pusing pagi tadi.