SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyita keseluruhan simpanan stok (stockpile) bauksit di Negeri Pahang.

Ini kerana menurut, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasinya Datuk Azam Baki, tindakan itu  bagi menghalang bahan tersebut dibawa keluar dari tempat penyimpanannya untuk tujuan perniagaan atau apa-apa tujuan lain.

"Penyitaan ini dilakukan mengikut Seksyen 33, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, jika terdapat mana-mana pihak melanggar arahan notis penyitaan berkenaan maka ia telah melakukan kesalahan di bawah akta tersebut dan boleh dihukum mengikut Seksyen 69 akta yang sama.

"Tindakan penyitaan bauksit berkenaan meliputi seluruh simpanan stok yang berada di tanah-tanah kerajaan dan persendirian di kawasan yang telah dikenalpasti di negeri itu," katanya.

Dalam pada itu, katanya lagi, sehingga kini, dianggar terdapat lebih 10 juta tan metrik bauksit yang telah pun dilombong serta disimpan di stockpile di beberapa lokasi di Pahang.

Dalam pada itu, katanya, SPRM juga telah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bagi mencadangkan pihak kementerian terbabit agar mengkaji semula pengeluaran Permit Kelulusan (AP) kepada pengusaha lombong bauksit serta membatalkan kesemua AP yang telah dikeluarkan sebelum ini.  

"Penyitaan ini perlu dilakukan bagi membantu SPRM menjalankan siasatan terhadap isu perlombongan haram bauksit ini," jelasnya.

Katanya lagi, SPRM juga akan memantau sebarang eksport bauksit di Pelabuhan Kuantan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang lagi exco tertinggi Pulau Pinang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM 15 billion, hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan insentif lebih RM400,000 kepada 267 penjawat awam setakat akhir tahun lepas sebagai galakan melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah.
  • ALOR SETAR - Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa pada 29 Januari lalu, hari ini dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • PUTRAJAYA - Tempoh reman terhadap tiga individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan landskap bernilai RM44 juta, dilanjutkan selama empat hari sehingga 14 Februari ini.
  • KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertindak lebih agresif dari segi penguatkuasaan dan pendidikan bagi memerangi rasuah, sekali gus mencapai misi dan visinya iaitu sifar rasuah menjelang 2020.