KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang lagi exco tertinggi Pulau Pinang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM 15 billion, hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, setakat hari ini, SPRM mengesahkan dua saksi sudah dipanggil sejak semalam bagi membantu siasatan.

"Kami meminta semua pihak dapat memberi ruang kepada SPRM bagi menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kes ini.

"Kedua-dua saksi ini dipanggil kerana ada asasnya yang boleh membantu siasatan, jadi saya rasa tidak perlu menjelaskan kenapa mereka dipanggil," katanya.

Beliau berkata sedemikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Sempena majlis itu, sebanyak 72 agensi kerajaan, badan berkanun dan GLC negeri ini melafazkan dan menandatangani ikrar bebas rasuah.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer itu menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama, dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang dijadualkan bermula 2023.

Projek itu adalah sebahagian Pelan Induk Pengangkutan (PIP) kerajaan Pulau Pinang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan insentif lebih RM400,000 kepada 267 penjawat awam setakat akhir tahun lepas sebagai galakan melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah.
  • ALOR SETAR - Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa pada 29 Januari lalu, hari ini dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • PUTRAJAYA - Tempoh reman terhadap tiga individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan landskap bernilai RM44 juta, dilanjutkan selama empat hari sehingga 14 Februari ini.
  • KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertindak lebih agresif dari segi penguatkuasaan dan pendidikan bagi memerangi rasuah, sekali gus mencapai misi dan visinya iaitu sifar rasuah menjelang 2020.