SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah mengambil keterangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 23, Akta SPRM 2009, semalam.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi, Datuk Azam Baki berkata, Idris merupakan saksi bagi kes melibatkan pegawai beliau yang pernah ditahan SPRM November lalu.

"Pegawai SPRM telah pergi ke pejabat beliau di Melaka kira-kira jam 2 petang semalam.

"Maklumat berhubung kes tersebut tidak boleh didedahkan bagi memelihara integriti dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Pagi tadi, Idris menjelaskan, bukan beliau yang disiasat SPRM petang semalam, seperti mana yang tersiar di muka depan sebuah akhbar tempatan, hari ini.

Sebaliknya, jelas beliau kehadiran beberapa pegawai SPRM ke pejabatnya itu, adalah bertujuan untuk mendapatkan bantuan atau maklumat bagi melengkapkan siasatan berhubung beberapa pegawai kerajaan negeri yang ditahan pihak berkenaan dalam tempoh lebih sebulan lalu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Seorang pengurus projek di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Melaka telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menyeleweng Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) berjumlah kira-kira RM2.54 juta sejak awal tahun lalu.
  • KENINGAU - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya sedang menyiasat beberapa lagi kes rasuah dan salah guna kuasa termasuk kes berprofil tinggi di negara ini.
  • ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri hari ini mengesahkan ada melakukan 'pemeriksaan awal' terhadap enam individu dalam pasukan bola sepak Kedah berhubung dakwaan menerima rasuah seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
  • KOTA KINABALU - Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony diminta hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya jam 8.30 pagi esok.
  • JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi pegawai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (JKKP) Negeri Johor bagi dipercayai terlibat dalam kes bersubahat dan menerima rasuah.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.