SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa melakukan sikap dwi-standard dalam isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, siasatan yang dilakukan SPRM ke atas projek terowong dasar laut harus bersifat profesional dan bukan bersandarkan sumber tidak sahih.

“Misalnya laporan yang mendakwa kerajaan negeri telah menjual tanah sebanyak RM3 bilion sebagai pendahuluan. Ia adalah fitnah.

“Kenapa SPRM tidak keluarkan kenyataan penafian kerana ia boleh menjejaskan siasatan,” kata Guan Eng seperti dilaporkan dalam Oriental Daily.

Setiausaha Agung DAP itu berkata demikian mengulas sikap berdiam diri SPRM berhubung laporan palsu beberapa akhbar mengenai projek terowong dasar laut di negeri itu.

Guan Eng menegaskan bahawa projek terowong dasar laut itu dilaksanakan melalui tender terbuka.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang lagi exco tertinggi Pulau Pinang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM 15 billion, hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan insentif lebih RM400,000 kepada 267 penjawat awam setakat akhir tahun lepas sebagai galakan melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah.
  • ALOR SETAR - Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa pada 29 Januari lalu, hari ini dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • PUTRAJAYA - Tempoh reman terhadap tiga individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan landskap bernilai RM44 juta, dilanjutkan selama empat hari sehingga 14 Februari ini.
  • KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertindak lebih agresif dari segi penguatkuasaan dan pendidikan bagi memerangi rasuah, sekali gus mencapai misi dan visinya iaitu sifar rasuah menjelang 2020.