POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar tidak membeli mercun yang dijual secara dalam talian kerana penjualannya tidak dibenarkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, individu yang menjualnya terutamanya sempena hari raya ini boleh dikenakan tindakan undang-undang  kerana penjualannya adalah satu kesalahan.

“Namun setakat ini polis belum menerima aduan mengenai penjualan mercun secara online. Sekiranya ada kami akan ambil tindakan undang-undang.

“Saya berharap pihak penghantaran seperti Pos Laju dan syarikat penghantar barangan memberi kerjasama dengan polis dalam membanteras perbuatan ini termasuk penyeludupan mercun secara haram,” katanya.

[Hukum jual mercun syubhah]

Beliau berkata, penyimpanan dan penghantaran mercun itu juga boleh mendatangkan bahaya kepada pejabat dan petugas yang berkhidmat di syarikat penghantaran.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga memaklumkan pihaknya akan memberi bantuan teknikal kepada polis dalam kes penjualan mercun menerusi dalam talian sekiranya perlu.

Menurut SKMM, antara bantuan yang boleh diberikan ialah mengenal pasti suspek, kepakaran forensik dan jika perlu menyekat laman sesawang berkenaan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.