[PENAFIAN] Sinar Harian ingin menegaskan pihak kami tidak mempunyai akaun Facebook Sinar Harian Online, walaupun akaun ini menggunakan logo dan nama yang sama dengan Facebook rasmi kami.

Tinjauan mendapati akaun palsu ini telah menggunakan nama Sinar Harian untuk mendapatkan derma dari orang ramai.

Modus operandi akaun ini adalah sama seperti kes terdahulu yang melibatkan kisah penderitaan seorang budak lelaki berusia 7 tahun yang menghidap kanser.

[ARTIKEL BERKAITAN: Akaun Facebook palsu: Sinar Harian lapor polis]

Dalam kes tersebut pihak Sinar Harian telah membuat laporan polis dan meminta pihak Facebook untuk memadam akaun palsu terbabit.

Diharap pembaca setia Sinar Harian tidak tertipu dengan akaun Facebook ini dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini menerusi Facebook rasmi Sinar Harian.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Sinar Harian membuat laporan polis terhadap pemilik halaman Facebook ‘Sinar Harian Online’ palsu yang menularkan kisah penderitaan seorang budak lelaki berusia 7 tahun yang menghidap kanser.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.