PETALING JAYA - Sebuah setor di tingkat satu bangunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Jalan Universiti, dekat sini terbakar dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang tadi.

Ketua Operasi Bomba Taman Sea SS2, Mohamed Habib Alis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu sekitar jam 3.02 petang dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

Menurut Habib, ketika sampai di lokasi kejadian sekitar jam 3.11 petang, pihaknya tidak berdepan dengan sebarang kesukaran memandangkan api masih terkawal.

" Api berjaya dipadamkam pada jam 3.46 petang dan kebakaran tersebut melibatkan sebuah bilik setor di asrama lelaki yang digunakan untuk menyimpan tilam-tilam pelajar," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Habib,kebakaran berkenaan berlaku di ruangan membasuh melibatkan tilam-tilam yang disimpan dan anggaran keluasan adalah 9 X 21 meter.

Dalam kejadian itu, Habib memaklumkan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat memandangkan bilik berkenaan digunakan sebagai setor penyimpanan tilam.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkabn berlaku dalam kejadian itu," katanya.

Dalam pada itu, Habib memaklumkan, anggota forensik bomba sedang menyiasat punca kejadian.

Tambahnya, seramai dua orang pegawai dan 10 orang anggota dari Balai Bomba Damansara dan Balai Bomba Seksyen 7 dikerahkan bagi kerja pemadaman api.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata nasib tujuh remaja yang disyaki membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara hanya akan diketahui selepas semua proses siasatan kes itu selesai.
  • KUALA LUMPUR - Empat pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) susulan kebakaran pusat itu Khamis lepas kini dilapor berada dalam keadaan stabil.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengarahkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) memberikan perkhidmatan pembaikan pendawaian elektrik secara percuma kepada pusat tahfiz berdekatan institut itu di seluruh negara.
  • KUALA LUMPUR - "Saya tak sangka itu (ejek) boleh jadi benda besar hingga menyebabkan kematian," kata Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmod.
  • KUALA LUMPUR - "Semua kawan-kawan saya dah tak ada.Saya rindu nak solat berjemaah, mengaji dan berzikir dengan mereka terutama Haris," kata Mohd Ikhwan Muslim, 7, yang banyak menghabiskan masa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar dalam insiden Khamis lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.