SEKIRANYA negara kita dilanda perang ataupun apa-apa konflik, barisan hadapan selepas askar dan polis ialah Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang akan menjadi benteng pertahanan.

Timbalan Pesuruhjaya Kehormat Rela, Datuk Seri Michael Chong berkata, penyertaan dalam Rela bukanlah bertujuan untuk mendapatkan elaun semata-mata tetapi lebih kepada membantu kerajaan.

“Apabila ada autoriti meminta bantuan Rela seperti bomba, polis, askar, imigresen dan juga kastam, kami akan sentiasa siap siaga menghulurkan bantuan.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hormati Rela sama seperti hormat polis, tentera’]

[ARTIKEL BERKAITAN: Rela,wira tidak didendang!]

“Kalau nak kata sertai Rela sebab elaun, tidak tepat. Elaun Rela cuma RM 6 bagi setiap jam ikut pangkat juga,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, perubahan ketara apabila menyertai badan beruniform seperti Rela ini ialah disiplin.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA berkata, bagaimanapun penyertaan kaum Cina dalam Rela masih belum boleh dibanggakan.

“Berdasarkan statistik terkini penyertaan Cina dalam Rela berjumlah 379,854 berbanding jumlah keseluruhan keanggotaan Rela seramai  3,051,629.

“Berbanding Rela Melayu seramai 2,090,160 manakala India berjumlah 133,990 serta lain-lain kaum 447,625,” ujarnya.

Menurutnya, MCA memang menggalakkan ahlinya untuk menyertai badan beruniform, bukan sahaja Rela tetapi juga Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), polis komuniti, Bersekutu dan juga Kehormat untuk golongan profesional.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) tidak pernah mengenakan bayaran kepada penerima pangkat kehormat jabatan itu, sebaliknya ia dianugerahkan secara percuma berdasarkan kelayakan dan prosedur tertentu.
  • SHAH ALAM - Polis merakam percakapan terhadap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal yang didakwa mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
  • DUNGUN - [VIDEO] Kenyataan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempersoalkan kredibiliti dan keupayaan Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) membuatkan seluruh anggota badan beruniform itu bengang.
  • “KITA tidak boleh pilih kasih dalam memberi penghormatan. Darjat Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia) juga sama seperti pasukan keselamatan lain baik polis mahupun tentera”.