JERTEH - Seorang lagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia di Hospital Daerah Besut hari ini.

Norsuwana Safawa, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah di sini meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah yang dihidapinya sejak beberapa tahun lepas kira-kira 5.12 pagi ini. 

Pegawai Pendidikan Daerah Besut Ab Halim Hassan ketika mengesahkan perkara itu berkata Norsuwana yang merupakan pelajar harapan sekolahnya sempat menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 di hospital itu semalam. 

Katanya pelajar itu sepatutnya menduduki tiga kertas hari ini iaitu Kertas Bahasa Inggeris 1 pada 8 pagi, kertas Bahasa Inggeris  2 pada 10.20 pagi dan kertas Pendidikan Al-Quran dan Sunnah pada sebelah petang.

Jenazahnya dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Alor Lintang dekat sini selepas solat Asar hari ini. 

Semalam dua calon SPM iaitu di Dungun dan Pasir Putih, Kelantan meninggal dunia.

Mohd Nor Allif Harun, 17, pelajar SMK Sultan Omar di Dungun  meninggal dunia awal pagi semalam setelah koma sejak seminggu lalu setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Nur Syazwani Ariffin, 17,  pelajar Sekolah Menengah Agama Mahaad Saniah, Pasir Putih tiba-tiba pengsan ketika sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1 kira-kira 8.25 pagi semalam sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Putih untuk rawatan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Timbalan Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat komplikasi jantung.
  • JITRA - Anak kepada exco kerajaan negeri Kedah Datuk Aminuddin Omar antara dua yang maut apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok dalam kejadian di Km12.7 Jalan Kampung Bendang Perang dekat sini petang tadi.
  • GEORGETOWN - Seorang bayi lelaki meninggal dunia dipercayai kesukaran bernafas apabila mukanya tersembam ke bantal di rumah keluarganya di Teluk Kumbar, Bayan Lepas awal pagi tadi.
  • ALOR SETAR - Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Padang Serai, Kulim Jumaat lepas, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah di sini semalam.
  • SUBANG JAYA - Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jen (B) Tan Sri Wan Abu Bakar Wan Omar, 68, meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.