KUALA TERENGGANU - Polis akan mengeluarkan senarai 626 orang yang dikehendaki (wanted person) secara berperingkat dalam usaha memburu suspek dan menyelesaikan kes-kes jenayah termasuk kes berprofil tinggi di Terengganu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, orang yang dikehendaki itu dipercayai terlibat dalam pelbagai jenis kesalahan.

“Trend jenayah di Terengganu menurun, tetapi masih ada kes-kes yang belum dapat diselesaikan. Antara fokus kita adalah dua kes pembunuhan yang melibatkan bekas Adun Alor Limbat, Alias Abdullah (9 Oktober 2015) dan sepupunya, Mat Jusoh Ali (9 Ogos 2015).

“Selain itu, kes pembunuhan tauke ikan, Wan Ahmad Wan Nawang (27 Julai lalu) yang mati ditembak di Kuala Besut. Pasukan ‘task force’ yang ditubuhkan akan bekerjasama dengan JSJ Terengganu dalam menyelesaikan kes ini.

“Kita juga akan menggunakan saluran media bagi mengeluarkan senarai orang-orang yang dikehendaki ini dalam usaha memburu dan seterusnya mendakwa mereka atas pelbagai jenis kesalahan,” katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed; Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail dan Ketua JSJ negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid.

Terengganu merupakan negeri pertama yang dilawatinya, selepas mengambil alih tugas pada 15 September lalu.

Ketika ditanya tentang fokus utamanya, beliau berkata, akan mengambil tindakan tegas dan seterusnya membanteras sindiket judi, gengsterisme dan pelacuran serta sindiket jenayah terancang.

“Saya telah diberi senarai nama-nama sindiket dan akan mengambil tindakan susulan dengan membuka fail kes dan menggunakan undang-undang pencegahan yang ada seperti

Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA),” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Seorang operator mesin cetak ditahan selepas dipercayai memiliki 6 gram (g) syabu dan 3g pil kuda dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Abdul Kadir Adabi, di sini.
  • BUKIT MERTAJAM - Mayat bayi berusia 46 hari, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera anggota keluarganya di rumah mereka di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ).
  • ISKANDAR PUTERI - Pasukan Tindak Khas Op Lejang Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri berjaya menumpaskan dua kumpulan curi motosikal sekitar Gelang Patah, Skudai dan Tanjung Kupang susulan penahanan 12 lelaki dari Geng Wan Joi dan Geng Pulai Emas yang dipercayai terlibat dalam 36 kes.
  • AMPANG - Beroperasi dengan menjalankan kegiatan perjudian atas talian di kawasan apartment untuk mengelak daripada mudah dihidu pihak berkuasa.
  • KUALA LUMPUR - Polis menahan 67 individu termasuk warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur dalam Operasi Bersepadu bagi membasmi masalah penyalahgunaan dadah dan pendatang asing tanpai izin (pati).