TAMPIN - Sembilan remaja, empat daripadanya berusia 17 tahun dan lima berusia 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret kerana rogol, seks luar tabii gadis bawah umur.

Kesemua mereka menghadapi 21 pertuduhan dalam kejadian 14, 19, dan 31 Disember lalu.

Kes berlaku di sekitar kawasan Gemencheh antaranya di kawasan semak dan rumah.

Prosiding dijalankan secara tertutup dan kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Tertuduh mengikut pertuduhan masing-masing dihadapkan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi keselahan rogol dan Seskeyen 377A Kanun Keseksaan bagi kesalahan seks luar tabii.

Bagaimanapun, berikutan pesalah adalah juvana, kesemuanya dibicarakan di bawah Seksyen 91(1) Akta Kanak-kanak.

Timbalan Pendakwa Raya, Rinisha Priyya memohon majistret menetapkan wang jaminan sebanyak RM1,000 bagi setiap pertuduhan yang dibacakan.

Majistret kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM500 bagi setiap kesalahan.

Bagaimanapun bagi tiga tertuduh yang mempunyai satu pertuduhan, wang jaminan yang dikenakan adalah kekal sebanyak RM1,000.

Majistret kemudiannya menetapkan tarikh pada 26 Februari untuk laporan akhlak bagi kesemua tertuduh.

Difahamkan, kesemua tertuduh diikat jamin oleh ahli keluarga masing-masing.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KLUANG - Akibat mengubah suai dan menunggang basikal secara berbahaya, enam remaja lelaki ditahan dalam Ops Basikal Lajak selama dua jam di dua kawasan taman di daerah ini, semalam.
  • SUNGAI PETANI - Dua remaja perempuan berusia 13 dan 15 tahun menjadi mangsa rakus bapa tiri apabila lelaki berusia 46 tahun itu mengaku telah menodai mereka antara awal dan hujung tahun 2017.
  • KOTA BHARU - Seorang jurukimpal tidak mengaku salah di mahkamah sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan merogol remaja perempuan bawah umur, empat tahun lalu.
  • GOMBAK - Protes kehendaknya mahu bermalam di luar bagi menyambut tahun baru dihalang keluarga, seorang remaja nekad keluar rumah dan menghilangkan diri sehingga kini.