KUALA LUMPUR - Seorang bapa kepada mangsa kebakaran pusat tahfiz memberitahu dia dapat merasai kehilangan ketika menziarahi dua anaknya di pusat pengajian itu minggu lalu.

Nasrun Mat Yusuf, 46, berkata, sewaktu menziarahi mereka Jumaat lalu, dia melihat anak bongsunya, Mohd Nazmuddin,14, kelihatan seperti 'jauh'.

"Selepas dia senyum, tak rasa apa-apa lah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

Menurutnya, Nazmuddin menikmati makanan yang dibawa dengan bersungguh-sungguh.

"Dia makan dengan bersungguh. Abangnya, Zul Nur Misri,15, kelihatan biasa sahaja waktu itu," katanya.

Dia berkata, kedua-dua anaknya menuntut di institusi berkenaan hampir dua tahun.

"Setakat ini mereka berjaya menghafaz 10 juzuk Al-Quran," katanya.

Nasrun berkata, dia masih belum berjumpa dengan Zul Misri kerana anaknya itu sedang dirawat akibat melecur namun tidak serius.

Menurutnya, dia sekeluarga reda dengan kejadian tersebut.

"Insya-ALLAH, pengebumian dijangka disempurnakan di Karak, Pahang selepas selesai semua urusan," katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Cadangan pihak tertentu supaya operasi seluruh sekolah tahfiz ditutup susulan kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara yang meragut 23 nyawa, disifatkan tidak munasabah.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.