KOTA BHARU - Adun Salor, Datuk Husam Musa mengakui hanya mendapat tahu anaknya direman di Mahkamah Kota Bharu atas tuduhan memiliki pil kuda, jam 5.22 petang tadi menerusi laporan sebuah portal tempatan.

Husam menerusi perkongsiannya di Facebook hari ini berkata, sehingga kini tiada pemakluman rasmi oleh polis dibuat terhadapnya mengenai penahanan itu.

"Saya hanya mendapat tahu anak saya, direman di Mahkamah Kota Bharu menerusi perkongsian laporan sebuah portal tadi.

"Juga tiada pemakluman polis beliau akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anak Adun ditahan miliki 200 pil kuda]

Sinar Harian hari ini melaporkan anak lelaki seorang Adun di negeri ini ditahan polis kerana dipercayai memiliki 200 butir pil kuda di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas - Salor, Kampung Jelutong, di sini, semalam.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, pada jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, anggota serbuan membuat pemerhatian kira-kira lima minit terhadap seorang lelaki yang berdiri di hadapan sebuah rumah di kampung itu.

Menurut Husam lagi,beliau juga tidak diberitahu lokasi penahanan anaknya.

"Saya hanya diberitahu oleh seorang jiran tempat beliau ditahan petang semalam anak saya ditahan sekumpulan lelaki.

"Saya akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu ini selepas dapat menemui anak saya pada waktu terdekat diizinkan polis," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BACHOK - Empat lelaki yang disyaki penagih dadah tekad terjun ke dalam sebuah anak sungai di Kampung Pantai Baru dekat sini bagi mengelak dari dicekup sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bachok semalam.
  • KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang dikenali sebagai kumpulan ‘CK’ berikutan penahanan tiga individu serta merampas dadah bernilai lebih RM4 juta dalam dua serbuan bermula Isnin lepas.
  • IPOH - [VIDEO] Polis membongkar kegiatan sebuah makmal memproses dadah dengan tertangkapnya lapan ahli sindiket termasuk seorang warga Sri Lanka dalam tujuh serbuan berasingan di tiga negeri, semalam.
  • KUANTAN - Sekali pandang, tiada siapa menyangka bungkusan berperisa minuman itu sebenarnya mengandungi dadah apatah lagi ia lengkap mempunyai jenama Banly, logo halal dan alamat pengilang.
  • KUANTAN - Tiga buruh ladang ditahan selepas polis menemui heroin seberat 38.86 gram di sebuah rumah di Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Rompin dekat sini, hari ini.