KOTA BHARU - Seorang anggota polis dari Jeli ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah RM2,000 dari tahanan dadah.

Perintah dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Nor Faizah Abdullah kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Penolong Pegawai Penyiasat berpangkat Sarjan berusia 29 tahun tersebut tiba di mahkamah dengan berbaju lokap oren pada jam 10 pagi.

Suspek ditahan sepasukan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 1 tengah hari, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sarjan polis ditahan terima suapan RM2,000

Pengarah SPRM, Datuk Moh Shamsudin Yusof berkata, suspek ditahan ketika bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli.

"Suspek dipercayai meminta dan menerima suapan RM2,000 daripada ahli keluarga tahanan bertujuan membebaskan suspek,39, yang positif ujian saringan awal urin," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Tempoh tahanan reman ke atas bekas ketua polis daerah (OCPD) di Perak yang ditahan bersabit kes rasuah dan salah laku dilanjutkan empat hari lagi hingga 16 Disember ini.
  • IPOH - Wang tunai hampir RM1 juta dan barangan kemas ditemukan dalam kotak kasut dan peti besi di rumah seorang bekas ketua polis daerah berpangkat Asisten Komisioner Polis (Asisten Komisioner) di Perak, semalam.
  • JOHOR BAHRU - Cubaan seorang lelaki warganegara Bangladesh berlagak hero untuk melepaskan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam aktiviti perlacuran membawa padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan rasuah.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang tekong bot Vietnam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan memberi suapan RM1,000 kepada pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).
  • KUALA TERENGGANU - Seorang tauke bot Vietnam dijatuhi hukuman enam bulan penjara dan denda RM500,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, hari ini atas tuduhan memberi suapan RM100,000 kepada Pengarah Pangkalan Maritim Kemaman, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).