NILAI - Rumah bekas pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di sini diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut pengawal keselamatan yang enggan dikenali dan bertugas di kawasan perumahannya, tiga buah kenderaan SPRM tiba di kediaman Mohd Isa kira-kira jam 4.30 petang tadi dan pulang kira-kira dua jam kemudian.

Serbuan itu difahamkan untuk mendapatkan fail-fail serta dokumen berkaitan kes yang sedang disiasat.

Sementara itu, usaha Bernama untuk mendapatkan pengesahan berhubung serbuan itu dari pihak SPRM, gagal.

Tinjauan Bernama di sekitar rumah Isa mendapati kawalan ketat dilakukan pengawal keselamatan dan pihak media yang berkumpul di situ tidak dibenarkan masuk ke kawasan rumahnya.

Semalam, Isa ditahan SPRM selepas hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di London dan Kuching.

Berikutan itu, SPRM melakukan serbuan ke atas rumah Isa di Selangor pada hari yang sama. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret hari ini membebaskan dua lelaki, seorang daripadanya pengarah syarikat, yang didakwa melindungi kegiatan lombong pasir dan batu haram di Selangor, daripada tahanan reman dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin selepas mendakwa menerima sepucuk surat bertulis ‘Scandal SPRM, Bali & Hong Kong’ di peti surat rumahnya di Desa Pinggiran Putera, Kajang, kira-kira jam 9 pagi tadi.
  • KUALA LUMPUR - Anak saudara seorang pemimpin Selangor ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung siasatan kes projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor.
  • KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kebocoran dokumen kenyataan rakaman percakapan melibatkan kes bekas Exco Negeri Johor yang disiasat awal tahun ini.
  • SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius pembocoran dokumen kenyataan rakaman percakapan melibatkan kes bekas Exco Negeri Johor yang disiasat pada awal tahun ini.