KUALA TERENGGANU - Reman 11 suspek termasuk lelaki berusia 59 tahun yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti rompakan kapal tangki MT MGT1 di perairan Terengganu, disambung tujuh hari lagi sehingga 21 September ini.

Kesemua suspek yang berpakaian lokap tahanan Maritim tiba di pekarangan Mahkamah Kuala Terengganu, di sini kira-kira jam 11 pagi hari ini, dengan dikawal ketat pasukan bersenjata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret, Noradila Ab Latiff bagi membolehkan semua suspek disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan secara berkumpulan.

Dalam kejadian pada 7 September lalu, Maritim berjaya menumpaskan kegiatan 13 lanun warga Indonesia yang melakukan rompakan ke atas sebuah kapal tangki yang berada di kedudukan 37 batu nautika dari timur laut Pulau Tenggol, Dungun, Terengganu.

Kesemua suspek warga Indonesia berusia 31 hingga 52 tahun berjaya ditahan Pasukan Tindakan Khas (PTK) Maritim, namun tiga daripada mereka berjaya meloloskan diri.

Susulan penahanan itu, PTK Maritim menyerbu sebuah hotel di Johor Bahru dan menahan seorang warga Indonesia berusia 59 tahun yang dipercayai dalang utama rompakan itu.

Ketika kejadian, Kapal Tangki MT-MGT 1 dengan 14 anak kapal warganegara Thailand membawa muatan 2.2 juta liter minyak diesel bernilai hampir RM 7 juta.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Seorang penerbit bebas sebuah program di stesen televisyen tempatan didakwa di mahkamah atas tiga pertuduhan merompak dan mencabul dua individu termasuk seorang datin, bulan lalu.
  • SEREMBAN - Suspek yang dipercayai menikam seorang anggota keluarganya iaitu Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Nyatoh, Norhaidi Mat Yusop, semalam, direman selama tujuh hari, bermula hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Seorang pemandu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu merompak dan mengacukan pistol tiruan terhadap dua pekerja sebuah kedai serbaneka, bulan lepas.
  • KUALA LUMPUR - Dua rakan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan di tiga kedai runcit di sekitar daerah Wangsa Maju, pada Julai dan Ogos lepas.
  • GEORGETOWN - Seorang lagi lelaki yang diburu bagi membantu siasatan berhubung kes memukul seorang lelaki Jumaat lepas hingga mati ditahan awal pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.