KUALA KRAI - Seorang remaja menemui ajal di tempat kejadian apabila motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kilometer 66 Jalan Kota Bharu - Gua Musang,jam 1 pagi hari ini.

Mangsa ,Mohammad Edzrani Ghazali,18,dari Guchil 1,yang cedera parah pada bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Penunggang sebuah lagi motosikal,Mohd Fikri Dzani,17,dari Rumah Panjang Sungai Durian,patah kaki,sementara pemandu kereta,Abdussalam Mohd Sulaima,25,dari Sungai Embak tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai,Superintendan Abdullah Roning,berkata,siasatan awal polis mendapati kira-kira jam 1 pagi,mangsa menunggang motosikal dari arah Gua Musang menghala ke Kota Bharu.

"Tiba di tempat kejadian,kenderaan dipandu lelaki berusia 25 tahun ,dari arah Kota Bharu  membuat pusingan 'u',ke kanan jalan.

"Mangsa serta seorang lagi penunggang motosikal,Mohd Fikri,terlanggar bahagian sisi sebelah kiri kereta berkenaan,"katanya.

Abdullah berkata,berikutan kejadian,mangsa maut di tempat kejadian sementara seorang lagi penunggang motosikal yang patah kaki kiri  dikejarkan ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau berkata,kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MIRI - Dua warga China adalah antara tiga individu yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Bintulu-Tatau pagi tadi.
  • PUCHONG - Seorang penumpang kereta maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong di sini, pagi tadi.
  • TUMPAT - Seorang pemuda yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja maut dalam kemalangan di hadapan Balai Polis Wakaf Bharu di Kilometer 6 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor malam tadi.
  • BUKIT BESI - Seorang lelaki, Fadridzul Izham Ahadam, 32, maut dalam nahas jalan raya di kilometer 81 Jalan Jerangau-Jabor, di sini, semalam.
  • KOTA TINGGI - Hajat ke rumah ibu tak sampai apabila di maut dalam kemalamangan malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.