KLUANG - Seorang remaja maut ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom, Kluang selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer (KM) 90 Jalan Batu- Mersing, dekat Kahang di sini, petang semalam.

Kemalangan berkenaan berlaku lebih kurang jam 6.25 petang melibatkan tiga kenderaan iaitu, motosikal jenis Suzuki yang ditunggangi oleh mangsa, Lee Shianing, 15, dan dua kereta jenis Nissan yang dipandu, Zulkiffli Abdul Samad, 45 manakala sebuah lagi kereta jenis Proton Saga dipandu, Hairudin Mohammad,31.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang oleh mangsa yang dari kiri simpang jalan keluar secara meluru telah dilanggar bahagian tepi kiri kereta Nissan  yang melalui jalan tegak dan lurus.

"Akibat daripada perlanggaran berkenaan penunggang motosikal telah jatuh ke tengah jalan lalu menyebabkan datang sebuah lagi kereta jenis Proton Saga dari arah belakang telah melanggar mangsa.

"Penunggang motosikal telah tercampak dilaluan kanan jalan. Dalam kemalangan ini, kedua-dua pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

"Manakala penunggang motosikal terus dibawa ke Hospital Enche Besar Hajah Kalsom, Kluang untuk mendapatkan rawatan," katanya hari ini.

Mohamad berkata, bagaimanapun akibat mengalami kecederaan parah di kepala, mangsa telah disahkan doktor meninggal dunia lebih kurang jam 9.30 malam tadi.

Katanya, hasil daripada siasatan di lokasi kejadian mendapati kawasan tersebut jalan lurus satu hala, permukaan jalan rata dan kering.

"Ketika kejadian kawasan berkenaan bercahaya kerana mempunyai lampu jalan.

"Bagaimanapun kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KLUANG - Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori dari arah bertentangan di kilometer (KM) 20.7 Jalan Simpang Renggam-Renggam, dekat sini, awal pagi tadi.
  • YAN - Seorang pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Sultan Mizan, Terengganu maut dalam satu kemalangan di Kampung Setia Jaya, Jalan Ulu Sedaka-Kampung Batu 17 selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan, pada jam 7 malam, semalam.
  • TAPAH - Keadaan mayat mangsa nahas membabitkan van dan sebuah lori
  • TAPAH - Ahli keluarga sembilan mangsa yang maut dalam nahas membabitkan van dan lori hadir ke bilik mayat Hospital Tapah untuk membuat pengecaman bermula jam 9 pagi tadi.
  • TAPAH - Sekurang-kurangnya sembilan dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan sebuah van dan lori muatan ais di Jalan Besar SMTD, Ayer Kuning, di sini pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.