KANGAR - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Perlis, hari ini membuat  laporan polis berhubung kenyataan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang didakwa mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan anggota jabatan itu baru-baru ini.

Jurucakap Rela Perlis, Yahya Bakar berkata, laporan itu juga bertujuan untuk mendesak bekas menteri Kemajuan  Luar Bandar dan Wilayah itu membuat permohonan maaf kepada jabatan berkenaan.

“Jangan perlekehkan anggota Rela, sebab ada juga dalam anggota kita ini ada kemahiran menggunakan senjata api sebab pernah jadi anggota keselamatan sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat  Polis Daerah Kangar di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

Baru-baru ini tular di laman sosial, Mohd Shafie ketika berucap dalam program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, Sabah, dilihat mempertikaikan tindakan menempatkan anggota Rela yang didakwanya tidak mahir mengendalikan senjata api untuk penugasan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone). - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak menyalahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas penahanannya berhubung siasatan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah RM1.5 bilion.
  • KOTA KINABALU - Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan hari ini setelah direman tujuh hari.
  • KOTA KINABALU - Tempoh tahanan reman bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah yang dianggarkan sebanyak RM1.5 bilion dilanjutkan empat hari lagi.
  • KOTA KINABALU - Tempoh reman terhadap Adun Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana berkaitan projek luar bandar di Sabah, dilanjutkan dua hari lagi mulai esok hingga Isnin depan.