KOTA KINABALU - Seorang peniaga wanita direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berhubung kes sogokan bernilai RM1,200 terhadap pegawai polis trafik.

Majistret Afiq Agoes membenarkan tahanan reman terhadap suspek wanita berkenaan hari ini, selepas mempertimbangkan permohonan Pegawai Pendakwa SPRM  Mohd Faliq Basiruddin.

Suspek berusia 27 tahun dan berasal dari Sarawak itu ditahan SPRM di kediamannya di Bundusan, Penampang pada jam 11.30 pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 4 pagi semalam (Ahad), suspek  ditahan polis dalam operasi Op Mabuk di Jalan Coastal, Kota Kinabalu, setelah didapati memandu  di bawah pengaruh alkohol dan dikatakan cuba cuba menyogok pegawai polis yang bertugas di sekatan jalan raya berkenaan.

Kes  disiasat di bawah Seksyen 17 (B) Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan memberi atau menawarkan suapan rasuah. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEMAMAN - Seorang pengurus pembangunan perniagaan sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu dan isterinya direman tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan nilai kira-kira RM5.4 juta pada 2010 hingga 2017.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis berpangkat Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini kerana meminta suapan RM500 daripada seorang lelaki yang ditahan dalam sekatan jalan raya.
  • KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan akan mengambil tindakan tanpa kompromi terhadap pemberi dan penerima rasuah jika mereka ditangkap.
  • KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertindak lebih agresif dari segi penguatkuasaan dan pendidikan bagi memerangi rasuah, sekali gus mencapai misi dan visinya iaitu sifar rasuah menjelang 2020.