PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan perjalanan yang tidak perlu disegerakan ke negeri Rakhine, Myanmar susulan kejadian keganasan yang semakin memuncak, menurut Kementerian Luar.

Dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan hari ini, kementerian itu berkata rakyat Malaysia yang masih berada di Myanmar pula dinasihat supaya mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu serta berwaspada dengan situasi keselamatan pada setiap masa.

"Rakyat Malaysia yang masih berada di  Myanmar juga dinasihat supaya mematuhi semua peraturan dan undang-undang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan dan perlu berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Yangon," menurut kenyataan itu.

Kedutaan Malaysia di Yangon boleh dihubungi di No.82, Pyidaungsu Yeiktha Road, Dagon Township, 11191 Yangon atau di talian (00) 951-220-251/(00) 951-220-230 dan e-mel:  mwyangon@kln.gov.my – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan majlis pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya dan lawatan delegasi khas ke Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
  • KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melatih pegawai perubatan termasuk doktor daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan fasiliti di hospital medan yang akan ditempatkan di kem pelarian etnik Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh.
  • SEPANG - Penderitaan pelarian etnik Rohingya terus mendapat perhatian dunia.
  • TAIPING - Bayi lelaki warga Rohingya berusia sebulan antara 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam operasi ke atas dua tapak pembinaan oleh Jabatan Imigresen di sini, malam tadi.