ALOR SETAR - [Dikemaskini] Sekurang-kurangnya 25 buah rumah dan empat rumah kedai di Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat Kangkung dekat sini rosak akibat dilanda puting beliung petang tadi.

Kejadian kira-kira 2.45 petang itu turut melibatkan sebuah kandang kambing.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Mohamad Yunus Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu kira-kira 3 petang dan menggerakkan anggota ke tempat kejadian.

"Kami dapati 10 buah rumah rosak teruk. Buat masa ini, tiada laporan penduduk yang mengalami kecederaan. Cuma ada beberapa penduduk yang trauma dengan kejadian itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Katanya akibat kejadian itu sebuah kereta jenis Proton Wira tersangkut pada sebatang pokok mangga pada ketinggian satu meter akibat diterbangkan pusaran angin itu.

Beliau berkata, 12 anggotanya dikerahkan ke tempat kejadian bagi melakukan kerja memotong pokok yang tumbang dan membantu mangsa kejadian.

Pusaran angin yang dipercayai datang dari arah sawah di kampung tersebut (dari arah utara) berlaku dalam tempoh 10 minit mengejutkan penduduk kampung yang ketika itu sedang beristirahat di rumah.

Difahamkan, mangsa-mangsa kejadian puting beliung itu ketika ini menumpang di rumah saudara mereka sementara menanti bantuan daripada pihak-pihak berkaitan.

Tinjauan Bernama mendapati selain Jabatan Bomba dan Penyelamat, anggota Jabatan Pertahanan Awam turut menjalankan kerja-kerja memotong pokok-pokok yang tumbang.

Kejadian hari ini merupakan kes keempat membabitkan puting beliung yang dilaporkan berlaku di Kedah dalam masa tidak sampai sebulan.

Kes pertama berlaku di Kampung Alor Besar, Pendang pada 14 Oktober yang menyebabkan 11 buah rumah dan sebuah sekolah rosak teruk.

Kes kedua berlaku pada 31 Oktober di lima kawasan di daerah Kota Setar iaitu Kampung Mergong Hilir, Kampung Batin, Kampung Sungai Baru, Taman Inang dan Taman Mergong Jaya yang menyebabkan kerosakan teruk pada 71 buah rumah dan sebuah klinik desa.

Pada 2 November lepas, sekurang-kurangnya 13 buah rumah di Taman Wira Mergong di sini mengalami kerosakan setelah dilanda angin kencang dan pusaran kecil puting beliung. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: [ Lagi puting beliung, 10 rumah rosak teruk ]

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - "Saya, anak saya dan beberapa orang jiran berpaut pada tiang rumah saya agar kami tidak ditolak pusaran angin kuat," demikian kata seorang penduduk Kampung Mergong Hilir yang mengalami kejadian angin puting beliung yang melanda beberapa kawasan di Daerah Kota Setar petang semalam.
  • ALOR SETAR - Tiga cedera, manakala lebih 35 rumah rosak selepas angin kuat melanda tiga kawasan di daerah Kota Setar, petang tadi. Dua daripada tiga mangsa yang cedera adalah dari...
  • PENDANG - [DIKEMASKINI] Sekurang-kurangnya 10 buah rumah dan sebuah sekolah rendah di Kampung Alor Besar di sini mengalami kerosakan teruk setelah dilanda puting beliung kira-kira 4.30 petang tadi.
  • KUALA LUMPUR - Tiada sebarang kerosakan dialami kabel elektrik bawah tanah di Jalan Imbi di sini susulan kejadian tanah mendap di kawasan itu semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.