BATU CAVES - Pegawai Mara di setiap daerah seluruh negara diminta turun padang bagi mengenal pasti pusat tahfiz yang berada dalam daerah mereka.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu bagi membolehkan pemeriksaan sistem pendawaian elektrik dilakukan di kesemua pusat itu.

"Sekiranya pegawai saya berasakan pendawaian perlu dilakukan, kami akan buat sistem pendawaian elektrik baharu kepada pusat itu secara percuma," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas majlis pertukaran MOA antara GiatMara dan Kawasaki Motors (Malaysia) di Giat Mara Batu, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, kementerian melalui Majlis Amanah Rakyat (Mara) mempunyai program melakukan kerja-kerja membaik pulih sistem pendawaian elektrik yang dinamakan sebagai Prevantive Maintance Electric Programme (Program Pencegahan dan Pengekalan Sistem Elektrik).

Katanya, program tersebut ketika ini hanya memfokuskan kepada pemeriksaan sistem pendawaian di rumah orang awam di kawasan kampung, dengan peruntukan RM3 juta.

"Selepas ini, saya akan bincang dengan pegawai saya untuk memperluaskan program ini kepada pusat awam seperti pusat tahfiz dan rumah anak yatim, yang mana sistem pendawaian perlu diteliti secara rapi.

"Bagaimanapun, kami perlu mendapatkan senarai pusat tahfiz di seluruh negara dahulu kerana saya difahamkan, tidak semua pusat tahfiz berdaftar dengan kementerian berkaitan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LENGGONG - Mayat seorang daripada dua pemancing yang hilang akibat bot dinaiki mereka karam di Tasik Raban berhampiran Kampung Kelantan di sini, ditemui hari ini.
  • SHAH ALAM - Polis giat mengesan suspek yang terlibat dalam samun tujuh dulang barang kemas bernilai kira-kira RM1.2 juta di sebuah kedai emas di sebuah pusat beli belah di Seksyen 14, di sini, Jumaat lalu.
  • LABUAN - Berfikiran positif dan tidak panik antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zul Helmie Zainuddin mendaratkan Hercules C130 tanpa gear pendaratan di Lapangan Terbang Labuan di sini semalam.
  • KUCHING - Polis telah menahan seorang pelajar berusia 14 tahun yang disyaki telah memuat naik komen ugutan di laman sosial Facebook terhadap Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
  • KOTA BHARU - Seorang anggota Pasukan Gerakan Am PGA, Pengkalan Chepa maut selepas dipercayai lemas ketika mencari kepah bersama dua rakannya di Sungai Pengkalan Datu, Pulau Belacan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.