FAKTA

Satu sebaran di media sosial dan WhatsApp diterima mengenai kejadian runtuhan bangunan empat tingkat di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai akibat banjir.

Maklumat dipercayai diperoleh  daripada kumpulan WhatsApp bernama Banjir Di Kelantan berhubung kejadian berkenaan.

Menurut, salah seorang individu dalam kumpulan WhatsApp itu, bangunan sekolah empat tingkat itu runtuh menyebabkan ramai terkorban dan mayat bergelimpangan.


AUTA

Polis Diraja Malaysia menafikan sebaran di media sosial dan Whatsapp mengenai bangunan empat tingkat Pusat Pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai telah runtuh dan mengorbankan banyak nyawa.

Penolong Ketua Urus Setia Komunikasi Korporatnya, Assiten KImsoer Datin Asmawati Ahmad berkata, sebaran tersebut tidak benar.

“Sebaran maklumat sebegini tidak mendatangkan sebarang kebaikan malah menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat terutama mangsa banjir.

“Masyarakat dinasihatkan lebih peka dan prihatin akan nasib mangsa banjir dengan tidak menjadi penyebar maklumat-maklumat tidak sahih dan menggusarkan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KADAR bayaran kompaun yang dikenakan kepada pengguna kenderaan yang lewat memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh kini kembali tular menerusi aplikasi WhatsApp.
  • Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahkan tular kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Batu Tiga diculik adalah palsu.
  • SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook dan disahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), memaklumkan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
  • TERSEBAR viral di laman sosial mengatakan terdapat taktik terbaru penjenayah untuk merompak rumah tertentu.
  • SELEPAS disahkan palsu tahun lalu, Majlis Jom Nikah didakwa anjuran Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus kini sekali lagi disebarkan secara meluas menerusi media sosial serta aplikasi WhatsApp.