KULIM - Seorang penjual buah Abu Hassan Md Isa, 60, rugi RM350 apabila ditipu seorang lelaki yang berpura-pura ingin menukar wang kecil dengannya.

Menurut mangsa, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.10 petang apabila sebuah kereta Perodua Viva memakir kenderaan di hadapan gerainya.

"Ketika itu sudah lewat petang, dekat gerai ada seorang pelanggan lain datang nak beli nyok (kelapa), manakala seorang lagi pelanggan naik kereta Perodua Viva yang memarkir di hadapan kedai turut turun untuk beli buah.

"Suspek berusia lingkungan 40an itu pada mulanya membeli tujuh biji nanas dan 20 biji nyok katanya dia nak buat pajeri nanas, saya perasan juga ada seorang wanita ditempat duduk penumpang depan," katanya.

Katanya, selepas membungkus buah tersebut, suspek bertanya pula sekiranya mempunyai duit kecil untuk membuat pertukaran dengannya.

"Saya tanpa syak wasangka terus mengira duit di dalam laci meja buah, semuanya ada RM350, saya tanya dia nak berapa ringgit.

"Suspek beritahu tak kisah saya ada berapa pun, dia perlukan duit kecil untuk bayar kepada orang lain,"katanya.

Menurutnya lagi, suspek juga telah meminta dan mengambil wang jualannya itu untuk membuat kiraan semula.

"Selepas saya kira, dia minta pula nak kira sama ada cukup atau tidak saya yang tak fikir buruk terus menghulurkan kepadanya untuk dikira semula.

"Dia sempat kira dalam dua keping duit kertas, kemudian meminta izin nak letakkan buah nanas yang dibeli dalam kereta dan mengambil duit.

"Namun, suspek terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju kenderaannya, saya yang terkejut memang tak dapat berbuat apa-apa," katanya.

Tambahnya, itu adalah pengalaman pertama ditipu pelanggan sejak tujuh tahun berniaga di situ walaupun pernah melakukan pertukaran wang dengan pelanggan lain.

"Ini pengalaman pertama saya, sebelum ini ada juga orang datang tukar duit dengan saya sebab itu saya tak syak apa-apa, lagipun keadaan suspek tak menunjukkan seperti seorang penjenayah," katanya.

Abu Hassan berkata, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Kob kira-kira jam 7 petang memaklumkan kejadian berkenaan.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Seorang penganggur didenda RM2,500 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah cuba mencuri barang-barang di dalam sebuah kereta milik seorang lelaki.
  • PETALING JAYA - "Orang lain pergi ke masjid pukul 3 pagi buat Qiamullail tapi kamu pergi masjid pecahkan tabung masjid. Itu rumah ALLAH. Kamu tidak malu?, tegur seorang majistret kepada seorang tertuduh yang mencuri duit tabung masjid.
  • KUALA LUMPUR - Akibat melupuskan sebuah telefon bimbit curi untuk mendapatkan wang, seorang penganggur dipenjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Geng Akmal akhirnya lumpuh selepas tiga anggota kumpulannya dicekup dalam serbuan berasingan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR), di sini.
  • KUALA LUMPUR - Tujuan asalnya hendak menyaksikan acara Sukan Sea di Stadium Nasional Bukit Jalil bersama keluarga, tetapi ketika singgah di sebuah kedai sukan, seorang warga emas panjang tangan mencuri lapan helai baju-T di jual di situ semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.