AMPANG - Beroperasi dengan menjalankan kegiatan perjudian atas talian di kawasan apartment untuk mengelak daripada mudah dihidu pihak berkuasa.

Itu modus operandi yang dibongkar Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, dalam serbuan di di Taman Pandan Mesra, di sini, malam tadi.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Norhizam Bahaman berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 9.45 malam hasil maklumat dan risikan.

"Seramai 16 individu berusia lingkungan 20 hingga 40-an termasuk seorang wanita telah ditahan.

"Pemeriksaan mendapati masing-masing merupakan penjaga, pekerja dan pemain. Malah 14 orang daripada yang ditahan adalah warga Indonesia," katanya.

Antara mesin perjudian yang dirampas.

Norhizam berkata, pelbagai barang telah dirampas antaranya mesin simulator, mesin slot, buku, cip dan wang tunai.

Tambahnya, pihaknya percaya premis ini telah aktif sejak dua hingga tiga bulan lalu dengan mensasarkan warga asing di sekitar kawasan berkenaan sebagai pelanggan.

"Selain itu, premis yang diawasi dengan kamera litar tertutup (CCTV) ini juga dikesan beroperasi tanpa lesen," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Seorang operator mesin cetak ditahan selepas dipercayai memiliki 6 gram (g) syabu dan 3g pil kuda dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Abdul Kadir Adabi, di sini.
  • BUKIT MERTAJAM - Mayat bayi berusia 46 hari, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera anggota keluarganya di rumah mereka di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ).
  • ISKANDAR PUTERI - Pasukan Tindak Khas Op Lejang Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri berjaya menumpaskan dua kumpulan curi motosikal sekitar Gelang Patah, Skudai dan Tanjung Kupang susulan penahanan 12 lelaki dari Geng Wan Joi dan Geng Pulai Emas yang dipercayai terlibat dalam 36 kes.
  • KUALA LUMPUR - Polis menahan 67 individu termasuk warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur dalam Operasi Bersepadu bagi membasmi masalah penyalahgunaan dadah dan pendatang asing tanpai izin (pati).