ISKANDAR PUTERI - Pasukan Tindak Khas Op Lejang Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri berjaya menumpaskan dua kumpulan curi motosikal sekitar Gelang Patah, Skudai dan Tanjung Kupang susulan penahanan 12 lelaki dari Geng Wan Joi dan Geng Pulai Emas yang dipercayai terlibat dalam 36 kes.

Turut ditahan dalam operasi itu tiga lelaki warga Bangladesh yang menjadi orang tengah bagi menjual motosikal curi pada harga lebih murah  berbanding pasaran kepada buruh binaan di kawasan pembinaan sekitar kawasan ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, kegiatan Geng Wan Joi berjaya dikesan susulan penahanan ketua kumpulan geng berkenaan di Taman Nusantara, Gelang Patah pada 9 Februari lalu.

"Susulan penahanan lelaki berkenaan kita berjaya menahan tiga lagi lelaki yang turut terlibat dalam kegiatan curi motosikal sekitar Gelang Patah dan Tanjung Kupang.

"Hasil siasatan lanjut kita juga menahan tiga lelaki warga Bangladesh dipercayai orang tengah bagi menjual motosikal yang dicuri kepada pekerja binaan sekitar kawasan ini.

"Modus operandi mereka adalah melakukan curi motosikal dan jual kepada orang tengah pada harga antara RM500 hingga RM600 dan kemudian dijual semula kepada buruh binaan pada harga antara RM1,000," katanya pada sidang media di Balai Polis Tanjung Kupang, di sini hari ini.

Noor Hashim berkata, susulan tangkapan itu polis berjaya merampas 15 buah motosikal pelbagai jenis, satu pisau lipat dan satu peket kecil disyaki dadah jenis Eramin 5 dan kesemua mereka direman selama seminggu sehingga esok.

Sementara itu dalam kes berasingan, pasukan tindak khas berkenaan turut menahan lima lelaki dipercayai terlibat dalam enam kes curi motosikal sekitar Iskandar Puteri dan Johor Bahru Utara.

"Kesemua mereka ditahan pada 5 Februari dalam dua tangkapan berasingan dan hasil siasatan lanjut suspek mengakui terlibat dalam enam kes curi motosikal dan aktif sejak pertengahan tahun lalu.

"Dengan tertangkapnya suspek ini polis percaya dapat menyelesaikan lebih banyak lagi kes kecurian motosikal," katanya.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan di siasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun dan boleh didenda.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Seorang operator mesin cetak ditahan selepas dipercayai memiliki 6 gram (g) syabu dan 3g pil kuda dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Abdul Kadir Adabi, di sini.
  • BUKIT MERTAJAM - Mayat bayi berusia 46 hari, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera anggota keluarganya di rumah mereka di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ).
  • AMPANG - Beroperasi dengan menjalankan kegiatan perjudian atas talian di kawasan apartment untuk mengelak daripada mudah dihidu pihak berkuasa.
  • KUALA LUMPUR - Polis menahan 67 individu termasuk warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur dalam Operasi Bersepadu bagi membasmi masalah penyalahgunaan dadah dan pendatang asing tanpai izin (pati).