PUCHONG - Polis menahan enam lelaki yang bergaduh selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran pusat beli-belah di sini, semalam.

Video aksi pergaduhan berdurasi  2.46 minit itu tular di laman media sosial sejak petang semalam dan menerima pelbagai reaksi netizen yang marah kerana kejadian menyebabkan kesesakan lebih dua kilometer.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 1.15 tengahari sebelum sepasukan anggota polis peronda tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, laporan awal mendapati dua kereta masing-masing jenis Proton Satria Neo dan Toyota Vios dikatakan terbabit kemalangan.

Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati  berlaku pergaduhan antara pemandu kedua-dua kereta sebelum mengarahkan kesemuanya bersurai.

"Pemandu terbabit enggan patuhi dan tidak mempedulikan arahan polis. Dalam masa sama pemandu kereta jenis Satria Neo  masuk ke dalam kereta dan mengundurkan kenderaan itu dalam keadaan laju serta melanggar kereta Vios. Akibat rempuhan kuat, kereta anggota peronda (MPV) yang berada di bahagian belakang turut kemek dilanggar.

"Anggota MPV bertindak berkas  kesemua enam suspek terlibat kerana kesalahan gaduh gempar. Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Serdang (IPD) Serdang untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Pasaraya Sunshine mengambil inisiatif sendiri dengan menyimpan stok kopi yang didakwa menyebabkan simptom letih dan lemah terhadap dua lelaki selepas meminum kopi tersebut dalam kejadian minggu lalu.
  • KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan berlaku kejadian tembak di sebuah pusat beli-belah di ibu kota seperti ditularkan di media sosial hari ini.
  • PUCHONG - Seorang penumpang kereta maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong di sini, pagi tadi.
  • SHAH ALAM - Sebuah kedai emas rugi kira-kira RM80,000 selepas disamun dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah dekat Seksyen 23, di sini, semalam.