KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan hanya 21 pelajar dan dua orang guru maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, kira-kira jam 5.30 pagi, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, jumlah mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian adalah seramai 23 orang.

"Pihak bomba masih lagi menjalankan siasatan untuk kenal pasti punca. Kita mungkin akan dapatkan sampel untuk di analisa," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, sekarang pihak bertugas masih jalankan pemeriksaan secara terperinci.

Tambahnya, lima mangsa telah dikejarkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mana tiga daripada mereka berada di zon kuning dan lagi dua orang berada di zon merah.

Mengulas lanjut, pusat tahfiz terbabit menempatkan 36 pelajar dan enam guru.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Semua madrasah dan maahad tahfiz seluruh negara wajib berdaftar dengan jabatan agama islam negeri bagi memastikan keselamatan pelajar dan madrasah terjamin.
  • KOTA TINGGI - Berita tentang keputusan bedah siasat kes kematian pelajar tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang menunjukkan ia disebabkan penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan ternyata melegakan keluarga bekas pembantu warden Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ).
  • JOHOR BAHRU - Polis Johor akan mengemakini kertas siasatan bagi mendapatkan arahan lanjut dari Timbalan Pendakwa Raya berhubung kematian pelajar tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11.
  • KUALA KRAI - Pengusaha CT - One Islamic Center menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut berhubung kejadian meragut nyawa tujuh pelajar Pusat Tahfiz Al Hashimi, Jumaat lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.