FAKTA

POLIS
Kelantan menafikan gambar kanak-kanak perempuan yang diviralkan di aplikasi WhatsApp sedang meminta sedekah merupakan kanak-kanak dari Malaysia.

Jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah negeri berkata, penyebaran gambar terbabit pernah diviralkan pada 21 Mei tahun lalu.

“Perkara ini sama sekali tidak benar dan segala penyebaran maklumat terbabit sama sekali tidak benar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudian Rasip ketika dihubungi menyangkal ada pegawainya telah ke Thailand untuk menyiasat perkara berkenaan.

Satu pesanan ringkas bersama gambar seorang kanak-kanak perempuan yang disebarkan oleh aplikasi itu mendakwa polis Thailand telah menemui seorang kanak-kanak perempuan fasih berbahasa Melayu kononnya sedang meminta sedekah di negara berkenaan.


AUTA

SATU pesanan ringkas bersama gambar seorang kanak-kanak perempuan yang disebarkan oleh aplikasi itu mendakwa polis Thailand telah menemui seorang kanak-kanak perempuan fasih berbahasa Melayu kononnya sedang meminta sedekah di negara berkenaan.

Pesanan itu turut mendakwa ada pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dihantar ke negara berkenaan untuk menyiasat kes tersebut dan meminta sesiapa yang mengenali kanak-kanak itu menghubungi nombor telefon yang tertera dalam WhatsApp terbabit.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook dan disahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), memaklumkan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
  • SHAH ALAM - Baru-baru ini tersebar di laman sosial Facebook yang memaparkan tentang promosi pembiayaan Bank Rakyat untuk membeli mesin penapis air.
  • SEREMBAN - Isnin lalu, heboh dalam laman sosial berkaitan dua pelajar sekolah berusia 16 dan 17 tahun yang ditahan polis bersama sepucuk pistol dipercayai milik mereka.
  • YAN - [DIKEMASKINI] Pengilang beras tempatan, Sukaramai menjadi mangsa apabila jenama beras berkenaan dikaitkan dengan pengeluaran beras palsu di laman sosial, baru-baru ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.